• selamat dtg
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • 1akses

Soalan Lazim (FAQ)

1. Siapakah yang harus dihubungi jika terdapat kes pembalakan haram?

Jika terdapat kes pembalakan haram anda boleh menghubungi Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776

2. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang hutan bakau?

Maklumat berkaitan hutan bakau boleh diperolehi di http://bakau.forestry.gov.my

3. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Perak?

Maklumat berkaitan Hutan Lipur boleh didapati di Unit Hutan Lipur, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan berhubung terus dengan Penolong Pengarah Hutan Lipur Pn. Siti Syafiqah Binti Yusof atau Pn. Chong Huey Jin di talian 05-5288100

4. Bagaimana untuk melaporkan Kes Kebakaran Hutan di Negeri Perak?

Kes Kebakaran Hutan boleh dilaporkan di Unit Ladang Hutan,Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

5. Bagaimana untuk memasuki sebutharga kerja-kerja pembangunan hutan di Jabatan Perhutanan Negeri Perak?

Semua Kontraktor yang ingin memasuki sebut harga kerja-kerja Pembangunan Hutan perlu mematuhi Syarat-syarat berikut:

Kontraktor Perlu berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dibawah Kelas F kepala VI sub kepala 3a @3b dan Sub kepala 5

Kontraktor Perlu berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Setelah lengkap langkah-langkah (1) dan (2),dimestikan mengikuti taklimat sebutharga atau lawatan tapak

6. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak?

Sila klik dan isi borang Maklum Balas yang boleh didapati di tepi atas setiap halaman. Anda juga boleh menghubungi:-

Tel: 05-5288100

Faks: 05-5288101 atau

Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERHATIAN: Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, boleh menghubungi nombor berikut hotline di 05-5288100 atau emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo