• mcni2016BI
  • tutup
  • iso
  • visit perak
  • vatica
  • ISO

SOCIAL FORESTRY PROGRAM, PERAK STATE

Program Hari Perhutanan Sosial anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diadakan pada 16 Oktober 2012 di Sekolah Kebangsaan Temoh, Daerah Batang Padang, Perak. Program ini merangkumi acara Sambutan ke-111 tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan sempena setahun pentadbiran Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim.

Antara agensi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini ialah;

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
  • Pegawai Daerah dan Tanah Batang Padang.
  • Ketua Polis Daerah Batang Padang.
  • Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang.
  • Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temoh.
  • Pelajar sekolah dan guru Sekolah Kebangsaan Temoh.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri, Ayer Kuning.
  • Penghulu dan Ketua-ketua Kampung.
  • Masyarakat setempat.

Ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara agensi-agensi kerajaan serta penduduk tempatan di Daerah Batang Padang. Selain mendokong objektif Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu untuk meningkatkan kesedaran berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.

Sekolah Kebangsaan Temoh ini dipilih untuk program ini bersempena menyambut ulangtahun pertama pentadbiran Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim yang merupakan bekas pelajar sekolah ini dan dapat mengimbau kembali kenangan beliau kesana.

Program dimulakan dengan Ceramah Cintai Hutan Kita kepada murid sekolah Kebangsaan Temoh oleh pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang mana bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid sekolah terbabit untuk sama-sama memelihara dan memulihkan sumber hutan. Antara isu penting yang ingin disampaikan disini ialah hutan tidak harus dimusnahkan dan dikorbankan hanya semata-mata kerana tujuan pembangunan. Oleh itu, pengurusan dan perancangan rapi diperlukan untuk mengawasi dan memelihara hutan yang merupakan khazanah berharga yang dipinjamkan daripada generasi masa hadapan.

Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah membekalkan anak pokok karas kepada penduduk sekitar Tamoh. Sesi ceramah berkenaan penjagaan dan penanaman pokok karas juga telah diadakan bertujuan untuk memberikan gambaran jelas cara penjagaan pokok karas yang betul oleh Pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Acara diteruskan lagi dengan persembahan tarian kreatif oleh pelajar sekolah yang bertajuk “Action Song”.

Agenda diteruskan dengan Upacara menanam pokok karas (Aqualaria malaccensis) yang disaksikan oleh murid-murid sekolah tersebut oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Ahli Parlimen Tapah, ADUN Ayer Kuning dan Ketua Polis Daerah Tapah. Seterusnya Majlis Perasmian Laman Herba Rahman oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Program yang dijalankan ini telah diteruskan hingga ke petang untuk para hadirin melawat ke tapak-tapak pameran yang telah disediakan.

Program tersebut dianggap sangat berjaya dan dapat mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang kepentingan memelihara sumber alam semulajadi bagi memastikan penggunaan dan pemeliharaan ekosistem yang mampan. Selain itu juga ia berperanan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan hutan melalui penyebaran maklumat-maklumat perhutanan yang telah disampaikan. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya mesej yang ingin disampaikan tentang betapa pentingnya memelihara alam semulajadi umumnya dan hutan khususnya dapat disampaikan terus kesetiap lapisan masyarakat terutamanya generasi muda yang merupakan tunggak kepimpinan negara pada masa hadapan.

Amenity Forest Services Charge

List of Charges in Amenity Forest Usage. Click Here

Medicinal Plants & Biodiversity

List of Information about Medicinal Plants & Biodiversity. Click Here

Amenity Forest & State Park Forest 

List of Information is Provided. Click Here

nrefrimdoeinstundmpmwildlifejkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
MalaysiaGovPerakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprmampujpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo