Perutusan Pengarah

Assalamualaikum w.t.b
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya laman web Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah berjaya dikemaskini dengan menyediakan maklumat – maklumat dan perkembangan semasa jabatan.
Dalam usaha untuk merealisasikan wawasan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) iaitu untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan secara berkekalan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah memperolehi Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (Sustainable Forest Management) untuk tempoh 11 Julai 2019 -31 Mei 2024 yang antara lain memperakui bahawa kawasan hutan di Negeri Perak Darul Ridzuan telah diurus secara berkekalan dengan mematuhi kehendak Kriteria dan Petunjuk bagi Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Malaysia, MC&I (Sustainable Forest Management).
Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai lebih kurang 991,171.37 hektar atau kira-kira 48.70% daripada keluasan negeri ini masih berhutan. Dalam hal ini, Jabatan Perhutanan Negeri Perak diberi peranan dan tanggungjawab bukan sekadar dari aspek pembangunan dan pengurusan hutan malahan jabatan ini juga berperanan dalam pemeliharaan dan pemantauan kawasan-kawasan hutan bagi menjamin supaya ianya akan terus berfungsi untuk mengekalkan kestabilan alam sekitar.
Seperti yang sedia maklum, pada tahun 2020 negara kita telah dilanda dengan satu wabak / virus yang sangat teruk dan boleh mengancam nyawa. Wabak tersebut adalah Coronavirus-19 atau pun COVID-19. Akibat daripada itu, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020. Penularannya sangat cepat dan banyak nyawa yang hilang akibat jangkitan wabak ini. Justeru pelbagai usaha yang difikirkan wajar untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan sebagai rakyat Malaysia, haruslah patuh pada setiap arahan yang dikeluarkan bagi sama-sama membantu melandaikan jumlah jangkitan COVID-19 ini.
Sektor perhutanan juga tidak terkecuali daripada terjejas akibat penularan wabak ini. Pelbagai Standard Operating Procedure (SOP) dikeluarkan oleh pihak kerajaan memandangkan sektor perhutanan ada menyumbangkan hasil kepada Negeri khususnya dan Negara secara amnya.
Pelbagai iktibar daripada segala pengalaman yang telah dilalui boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk membantu jabatan dalam menyusun perancangan terbaik untuk terus bergerak ke hadapan bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada tahun ini. Antara kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2020 ialah :-
- Menyumbang kepada hasil negeri sebanyak RM52 Juta
- Pemantapan Pengurusan HSK
- Pengurusan kewangan yang baik
- Pelaksanakan program penanaman pokok hutan sebanyak 2 Juta
- Pelaksanaan program Communication, Education & Public Awareness (CEPA)
- Penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara 1984 & Enakmen Industri Berasas Kayu
- Pemantapan Integriti
- Tadbir urus
Melihat kepada pencapaian pada tahun 2019, saya telah menetapkan 20 Sasaran Baharu Utama di tahun 2021 ini supaya pencapaian yang sedia akan dapat dikekalkan prestasinya dan sasaran baru mampu menjadikan JPNPk lebih seribu langkah kehadapan. Saya percaya dengan kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak mampu membawa Jabatan ke arah yang lebih maju. Oleh yang demikian, tahun 2020 bakal mensasarkan :
- Sasaran menyumbang kepada hasil negeri sebanyak RM50.6Juta
- Rancangan Kerja Hutan Paya Laut 2020 - 2029 (RPH)
- Peruntukan Pembangunan (P05) dibelanjakan melebihi 96%
- Peruntukan KWPH dibelanjakan melebihi 90%
- Semakan Semula Separuh Penggal Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) 2016 - 2025
- Pewartaan Cadangan Hutan Simpanan Kekal - cadangan mewartakan 630 hektar sebagai HSK
- Pewartaan Kawasan Hutan Perlindungan
- Bilangan Pokok Ditanam (2Juta Pokok)
- Penguatkuasaan Bersepadu (6 Program)
- Program Sambutan Haru Hutan Antarabangsa dan Program Hari Konservasi Hutan Paya Laut
- Program CEPA disetiap Pejabat Hutan Daerah
- Kes Tatatertib
- Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Apresiasi Pesara
- Tadbir Urus
- Pengisytiharan Harta
- Penyediaan SKT
- Penyediaan LNPT
- Data Integriti HRMIS
- Hadir Kursus Wajib (3 Hari)
- Projek IC-CFS
Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang telah memberikan sumbangan dan komitmen berterusan dalam usaha menuju kecemerlangan perkhidmatan demi mencapai wawasan jabatan menjadi agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPSM, semua Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Sekian Terima Kasih.
Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum Wabarakatuh.
DATO' MOHAMED ZIN BIN YUSOP
Pengarah Perhutanan Negeri Perak
Darul Ridzuan