NOTIS PENUTUPAN TAMAN EKO-RIMBA (TER)

Adalah dimaklumkan bahawa, semua laluan bagi aktiviti pendakian dan rekreasi seperti jungle trekking, pacuan empat roda, berbasikal lasak dan sebagainya di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini dihentikan sementara memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Oleh itu, semua aktiviti di Taman Eko-Rimba (TER) di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak adalah DITUTUP KEPADA ORANG AWAM serta merta sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini boleh disabitkan di bawah Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984. 

Sekian, terima kasih.



ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK



Last Updated: 19 May 2022

Hubungi Kami