Notis Kebenaran Beroperasi Bagi Aktiviti Perhutanan
ARAHAN KEBENARAN OPERASI BAGI AKTIVITI PENGUSAHASILAN HUTAN (HUTAN SIMPANAN KEKAL/TANAH KERAJAAN DAN TANAH MILIK), LESEN KECIL, INDUSTRI BERASAS KAYU DAN PERLADANGAN HUTAN
Adalah dimaklumkan Kerajaan Malaysia melalui sidang media Menteri Kanan Keselamatan pada 28 Januari 2021 telah membenarkan sektor perhutanan dan perkayuan serta rangkaiannya beroperasi seperti biasa mulai 29 Januari 2021. Oleh yang demikian, semua aktiviti Pengusahasilan Hutan (Hutan Simpanan Kekal / Tanah Kerajaan / Tanah Milik), Lesen Kecil, lndustri Berasas Kayu dan Perladangan Hutan adalah dibenarkan beroperasi. Namun, pengoperasian bagi lndustri Berasas Kayu (IBK) adalah tertakluk dengan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa & lndustri (MlTl). Manakala, Taman Eko-Rimba milik Jabatan Perhutanan Negeri Perak tergolong dalam aktiviti yang terlarang maka ianya masih ditutug dan semua permohonan serta Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal masih tertakluk kepada arahan penangguhan beroperasi.
Pengarah Perhutanan Negeri, Perak Darul Ridzuan