• notistutupTER
  • dakitutup
  • selamat dtg
  • jkkp
  • komited
  • MC&I

LAWATAN KERJA Y.A.B. MENTERI BESAR PERAK, DATO' SERI DIRAJA DR ZAMBRY ABD. KADIR KE HULU PERAK

Lawatan bertujuan untuk melihat keadaan kawasan persekitaran banjir dan mencari punca sebenar kejadian banjir  serta mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kesan banjir terhadap penduduk dan kawasan persekitaran.

LAWATAN KERJA Y.BHG. DATO' DR. KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

Pada 5 Mac 2012, Y.Bhg. Dato' Dr. Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menghadiri lawatan kerja ke Jabatan Perhutanan Negeri Perak sempena Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Dewan Banquet.

KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012

JPSM dengan kerjasama UNESCO-International Hydrological Programme (IHP) Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan agensi-agensi yang menjadi rakan UNESCO-IHP Malaysia telah menganjurkan Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 pada 20 hingga 24 Mac 2012 bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Penganjuran kem pada kali ini adalah bersempena dengan majlis sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke-41 Tahun 2012 Peringkat Kebangsaan dan juga sambutan Hari Air Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan.

Kem Pemimpin Muda Prihatin Air adalah salah satu program tahunan UNESCO-IHP Malaysia yang bertujuan untuk menjelaskan peranan pengurusan sumber air mengikut teras utama agensi rakan UNESCO-IHP Malaysia untuk kesinambungan sumber air bagi kesejahteraan masyarakat. Adalah dijangkakan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dari seluruh Semenanjung Malaysia akan menyertai kem ini. Peserta-peserta akan didedahkan mengenai isu-isu termasuk pencemaran sungai, fungsi dan peranan alam semulajadi dan ekologi sungai serta alam sekitar dalam kehidupan manusia.

SAMBUTAN HARI PERHUTANAN SEDUNIA KE-41 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012

Pada 21 Mac 2012, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan Sambutan Hari perhutanan Sedunia Peringkat Kebangsaan yang ke-41 bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang Taiping, Perak Darul Ridzuan dengan tema " Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat" dan akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak.

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-41 Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘ Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ telah berlangsung pada 21 Mac 2012 bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Upacara perasmian disempurnakan oleh  YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I, YBhg. Dato’ Dr. Che Ab Rahim bin Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Masran B. Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) dan Tn.Hj. Roslan bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.Turut hadir bersama adalah wakil daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta, pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan. Menteri Besar Perak juga telah menyatakan penghargaan dalam ucapannya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas segala usaha dalam penganjuran majlis ini.

Pengiraan countdown ke-24 juta pokok di bawah Kempen Menanam 26 Juta Pokok merupakan tanda simbolik pelancaran pada majlis kali ini disertai dengan pelancaran buku herba yang bertajuk ‘Khazanah Herba Negeri Perak’. Sambutan ini diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak. Kemuncak sambutan pada kali ini diteruskan dengan upacara penanaman pokok Merbau ipil (Intsia bijuga) sebagai pokok yang ke-24 juta pokok ditanam. Upacara penanaman pokok bakau ini turut disertai oleh  YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama-sama dengan jemputan kenamaan yang lain dan juga para pelajar. Serentak dengan  sambutan pada kali ini, Kem Pemimpin Muda Prihatin Air yang melibatkan 100 pelajar sekolah menengah  dari seluruh Semenanjung Malaysia turut diadakan bermula pada 20 hingga 24 Mac 2012 sebagai salah satu platform yang melibatkan penyertaan masyarakat.

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SETAHUN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA KE-22 & ULANG TAHUN KE-111 JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Majlis Makan Malam sempena Setahun Pentadbiran Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia ke-22 & Ulang Tahun ke-111 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 15 Oktober 2012 (Isnin), jam 8.00 malam bertempat di Dewan Bankuet, Aras G, Jabatan Perhutanan Negeri,Ipoh.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata doeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNREmysmsintegriti
 
Perakirimmscsprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo

.
  |
Jumlah Pelawat :: 931375
|
Kemaskini Terakhir: Jumaat 20 November 2020, 08:56:24.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh Perak.
Tel. No 05-5288100, 05-5288071, 05-5288072, 05-5288073, 05-5288075 | Fax No : 05-5288101
| Email : webjpnperak[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan dengan resolusi 1024 x 768