• notistutupTER
  • dakitutup
  • selamat dtg
  • jkkp
  • komited
  • MC&I

[IKLAN] Program Latihan Belia Muda Di Negara Jepun Bagi Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) menawarkan kursus seperti dilampiran. Program ini akan berlangsung selama 18 hari di Jepun bermula 12 Januari 2016 hingga 29 Januari 2015.

Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA (www.jpa.gov.my) atau http://esilav2.jpa.gov.my sebelum 9 Oktober 2015 (Jumaat).

Promosi Larian Muzium Sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015

on .

running


Sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015, Lembaga Muzium Negeri Perak bersama Jabatan Muzium Malaysia telah mengadakan Larian Muzium pada 2 Ogos 2015 (Ahad) bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Galeri gambar boleh dilihat atau muat turun di http://hma2015perak.blogspot.com/

Program Perhutanan Sosial & Gotong Royong Perdana JPNPk Bersama KUISAS

Program Perhutanan Sosial & Gotong Royong Perdana JPNPk Bersama Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) telah diadakan pada 15 Jun 2015 bertempat di KUISAS. Sebanyak 250 pokok telah ditanam bagi program Perhutanan Sosial ini.
Cetak

MAJLIS ILMU IHYA' RAMADHAN 1436H & SOLAT TARAWIKH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUSSALAM & RUMAH WARGA TUA (ISLAM) TITIAN ABADI

on .

iftar

Satu Majlis Ilmu Ihya' Ramadhan 1436h/2015M & Solat Tarawikh Bersama Anak-anak Yatim Darussalam & Rumah Warga Tua (Islam) Titian Abadi anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perak & Persatuan Kebajikan Perhutanan Negeri Perak (PERKSPER) telah diadakan pada 24hb Jun 2015 (Rabu) / 7 Ramadhan 1436H bermula jam 5.30 petang bertempat di Dewan Rimbawan, JPNPk. Tazkirah dan Solat Terawikh yang di ketuai oleh S.F Tuan Haji Harith Fadhilah Bin Abd. Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Seramai 49 orang anak-anak yatim dan 25 orang warga tua telah diraikan dalam majlis ilmu ini.

KEMBARA RIMBA CYCLO-HUNT 2015

Program Kayuhan 
"Kembara Rimba Cyclo-Hunt 2015"
Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2015 
& Kembara Rimba Bersama Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
12 April 2015  |  9.00 pagi
Arena Square Pangkor, Pasir Bogak, Pulau Pangkor

basikal

Adalah dimaklumkan JPNPk telah mengadakan Program Kembara Rimba Cyclo-Hunt 2015 bertempat di Pulau Pangkor. Program ini dianjurkan secara santai dan berhemah. Penyertaan terbuka kepada semua lapisan dan secara berkumpulanSatu kumpulan 4 peserta (minimum 3 peserta). Penyertaan ini juga terbuka kepada semua jenis basikal. B
erkonsepkan "Collect & Win" dimana setiap "Check Point" akan disediakan soalan dan setiap peserta perlu menjawab soalan ataupun melakukan tugasan yang diminta oleh penjaga check point. Setiap soalan yang berjaya dijawab akan diberi pelekat atau stampdan peserta perlu mengumpul kesemua pelekat sehingga selesai. Peserta yang paling awal sampai ke garisan penamat dengan jumlah pelekat paling lengkap dikira sebagai pemenang.

Hadiah yang lumayan menanti untuk para pemenang ;-

Tempat Pertama               : RM500 & hamper

Tempat Kedua                   : RM300 & hamper

Tempat Ketiga                   : RM200 & hamper


dan seterusnya hadiah saguhati.



Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata doeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNREmysmsintegriti
 
Perakirimmscsprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo

.
  |
Jumlah Pelawat :: 931370
|
Kemaskini Terakhir: Jumaat 20 November 2020, 08:56:24.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh Perak.
Tel. No 05-5288100, 05-5288071, 05-5288072, 05-5288073, 05-5288075 | Fax No : 05-5288101
| Email : webjpnperak[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan dengan resolusi 1024 x 768