• selamat dtg
  • dakitutup
  • jkkp
  • komited
  • MC&I

Perutusan Pengarah

datoPPN

Assalamualaikum w.t.b


Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya laman web Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah berjaya dikemaskini dengan menyediakan maklumat – maklumat dan perkembangan semasa jabatan.

Dalam usaha untuk merealisasikan wawasan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) iaitu untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan secara berkekalan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah memperolehi Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (Hutan Asli) untuk tempoh 11 Julai 2019 -31 Mei 2024 yang antara lain memperakui bahawa kawasan hutan di Negeri Perak Darul Ridzuan telah diurus secara berkekalan dengan mematuhi kehendak Kriteria dan Petunjuk bagi Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Malaysia, MC&I (Hutan Asli).

Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai lebih kurang 991,171.37 hektar atau kira-kira 48.70% daripada keluasan negeri ini masih berhutan. Dalam hal ini, Jabatan Perhutanan Negeri Perak diberi peranan dan tanggungjawab bukan sekadar dari aspek pembangunan dan pengurusan hutan malahan jabatan ini juga berperanan dalam pemeliharaan dan pemantauan kawasan-kawasan hutan bagi menjamin supaya ianya akan terus berfungsi untuk mengekalkan kestabilan alam sekitar.

Pelbagai iktibar daripada segala pengalaman yang telah dilalui boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk membantu jabatan dalam menyusun perancangan terbaik untuk terus bergerak ke hadapan bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada tahun ini. Antara kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2019 ialah :-

  1. Sijil Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak Darul Ridzuan dibawah Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) bagi tempoh 11 Julai 2019 -31 Mei 2024.
  2. Sasaran pencapaian sumbangan Hasil Negeri sebanyak RM52Juta dimana Jabatan telah berjaya mengutip sebanyak RM55Juta bagi tahun 2019.
  3. Memastikan prestasi perbelanjaan peruntukan kewangan melebihi 96% dimana Jabatan telah membelanjakan sebanyak 97%.
  4. Pencapaian Jabatan dalam melaksanakan program penghijauan dengan Penanaman Pokok Sebanyak 1 Juta pokok dan Jabatan telah berjaya menanam sebanyak 2 Juta pokok bagi tahun 2019.
  5. Melaksanakan Hari Hutan Antarabangsa & Program Perhutanan Sosial beserta Roadshow CFS.
  6. Melaksanakan senguatkuasaan secara Visible Enforcement dimana 56 kes kesalahan hutan telah berjaya dikesan yang melibatkan kutipan bayaran kesalahan hutan melebihi RM1juta. Terdapat lapan(8) kes kesalahan hutan yang dituduh dimahkamah dan mengadakan OPS Bersepadu dengan pelbagai jabatan dan agensi penguatkuasaan.
  7. Pewartaan / penambahan HSK seluas 2,129.67 hektar.
  8. Mengemaskini SOP dan mewujudkan penggunaan Sistem secara on-line.
  9. Menggunakan tarikan dan kelebihan Hutan bagi menjana hasil baru.
  10. Publisiti dan hebahan aktiviti Jabatan bagi peningkatan imej.
  11. Skim Bayaran Tree Adoption. Perak Oxygen Land Bank (POLB) yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 21 November 2019 yang telah mecapai kutipan awal sebanyak RM193ribu.
  12. Penyediaan dokumen dasar & polisi bagi Pelan Induk CFS Negeri Perak & RPH Paya Laut Matang 2020 - 2029

Melihat kepada pencapaian pada tahun 2019, saya telah menetapkan 8 Sasaran Baharu Utama di tahun 2020 ini supaya pencapaian yang sedia akan dapat dikekalkan prestasinya dan sasaran baru mampu menjadikan JPNPk lebih seribu langkah kehadapan. Saya percaya dengan kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak mampu membawa Jabatan ke arah yang lebih maju. Oleh yang demikian, tahun 2020 bakal mensasarkan :

  1. Menyumbang kepada hasil negeri sebanyak RM57Juta 
  2. Pemantapan Pengurusan HSK
  3. Pengurusan kewangan yang baik
  4. Pelaksanakan program penanaman pokok hutan sebanyak 2 Juta
  5. Pelaksanaan program Communication, Education & Public Awareness (CEPA)
  6. Penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara 1984 & Enakmen Industri Berasas Kayu
  7. Pemantapan Integriti
  8. Tadbir urus


Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang telah memberikan sumbangan dan komitmen berterusan dalam usaha menuju kecemerlangan perkhidmatan demi mencapai wawasan jabatan menjadi agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPSM, semua Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak.


Sekian Terima Kasih.

Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum Wabarakatuh.


DATO' MOHAMED ZIN BIN YUSOP
Pengarah Perhutanan Negeri Perak
Darul Ridzuan


Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata doeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNREmysmsintegriti
 
Perakirimmscsprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo

.
  |
Jumlah Pelawat :: 919895
|
Kemaskini Terakhir: Khamis 15 Oktober 2020, 10:38:43.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh Perak.
Tel. No 05-5288100, 05-5288071, 05-5288072, 05-5288073, 05-5288075 | Fax No : 05-5288101
| Email : webjpnperak[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan dengan resolusi 1024 x 768